Thursday, November 10, 2011

Amali Sembelihan TESL PPISMP Semester 3

Pada 3 November 2011, guru pelatih dari opsyen Tesl 1,2,3 dan 4 PPISMP ambilan Jun 2010  telah menjalani amali sembelihan bagi subjek Pendidikan Islam. Amali ini bertujuan mendedahkan para pendidik cara sembelihan yang betul menurut garis panduan syarak. Amali sembelihan ini dibimbing oleh Ustaz Ibrahim, Ustaz Hairuddin dan Ustaz Muhd Anuar. 


Sebanyak 75 ekor  ayam yang bakal di"korbankan"

Cara betul memegang ayam untuk disembelih
Ustaz Hairuddin sebagai penunjuk cara
"Pegang kepala ayam ni, cari urat halkum dan mari'nya dan terus potong. "
Bismillahi allahuakbar!


Apabila kaum hawa menyembelih ayam... Terketar-ketar tangan cik akak tu...

Reaksi normal kaum hawa

"Begini caranya buang isi perut ayam. Pasni boleh buat kat kat kampung"                    
Khusyuk membasuh ayam 
Sesi buang isi perut ayam 
 
Ayam direbus dalam air panas sebelum dicabut bulu-bulu pelepahnya

Sesi membuang bulu ayam

Ayam disalai atas api setelah semua bulu dicabut

Contoh urat halkum yang tidak habis terputus. Hukum sembelihan menjadi tidak sah. Ayam  tidak halal dimakan kerana menjadi bangkai

Mekipun pada sesi petangnya hujan turun agak lebat, proses pembuangan  dan pembersihan bulu ayam dapat berjalan dengan baik. Juadah petang dimasak oleh Ustaz Ibrahim dan rakan.
Secara keseluruhannya, amali ini dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada guru pelatih bagaimana proses penyembelihan menurut islam. Terima kasih bagi semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini

"Dialah (Allah) yang menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi"(Surah al-Baqarah, ayat 29)